Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xiaomi SU7 dijangka dilancar 28 Mac

    BEIJING, 12 MAC – Syarikat elektronik gergasi China, Xiaomi, akan memulakan penghantaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya hujung Mac, kata pengurus syarikat itu hari ini, di mana ia merupakan kemasukan yang sangat dinanti-nantikan oleh industri automotif.

    Xiaomi yang merupakan pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia turut mengeluarkan tablet, jam tangan pintar, fon kepala dan skuter.

    Pada 2021, syarikat yang berpangkalan di Beijing itu mengumumkan rancangannya untuk meneroka dalam sektor EV, selepas menghadapi saingan sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila jenama terkemuka China terlibat dalam perang harga yang agresif.

    “Xiaomi SU7 akan dikeluarkan secara rasmi pada 28 Mac,” pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Lei Jun, menulis di laman media sosial China, Weibo.

    Pengumuman itu disertakan dengan gambar kenderaan baharu itu, yang pertama kali didedahkan kepada akhbar Disember lalu. Saham syarikat itu meningkat hampir 10 peratus menjelang tengah hari di Hong Kong, tempat syarikat itu disenaraikan.

    Dilengkapi dengan perisian Xiaomi dan ciri elektronik, SU7 dihasilkan oleh gergasi kereta China, BAIC.

    Baterinya yang dibekalkan oleh pembuat kereta elektrik terbesar China, BYD, serta bateri gergasi domestik CATL mampu menampung jarak pemanduan sehingga 800 kilometer.

    “Matlamatnya adalah untuk menjadi salah satu daripada lima pengeluar automotif terbaik dunia melalui kerja keras selama 15 hingga 20 tahun,” kata Lei Disember lepas. – AFP

    Kenderaan tenaga baharu Xiaomi SU7 dipaparkan pada Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) edisi 2024 di Barcelona, Sepanyol pada 26 Februari. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda