Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Kedai jenama antarabangsa, XimiVogue yang menjual barangan kecantikan, barangan rumah, aksesori fesyen, beg, aksesori gajet serta barang mainan telah merasmikan cawangannya yang keempat di Kompleks Membeli-belah Times Square, hari ini.
Hadir menyempurnakan perasmian cawangan terbaharu itu ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah, Wong Kim Guan, Wong Yong Lin dan Wong Kim Leong, pemilik cawangan XimiVogue Times Square, George Lim dan Pengurus Operasi, Klaus Sim.
XimiVogue merupakan jenama antarabangsa yang mempunyai lebih 1,800 buah kedai di lebih 80 buah negara di seluruh dunia, yang menawarkan pelbagai barangan rumah
pada harga yang mampu dimiliki.
Cawangan berkenaan menawarkan lebih 500 produk pelbagai barangan termasuk alat tulis. Menurut George Lim, bersempena dengan perasmian XimiVogue baharu itu, pihak mereka akan menawarkan diskaun sebanyak $3 bagi setiap pembelian $20 bermula hari ini hingga hujung minggu ini.
Bersempena dengan perasmian itu, tambah beliau, mereka juga akan mengada-
kan pelbagai aktiviti promosi khas.
Di samping itu, mereka juga akan terus memperbaiki dan mengemas kini produk yang ditawarkan di cawangan berkenaan setiap bulan.
Sementara itu, Wong Kim Guan menyatakan bahawa keutamaan bagi XimiVogue adalah kualiti dan pihaknya bertekad untuk memenuhi keperluan para pelanggan mereka dengan barisan produk yang ditawarkan dengan memastikan barangan-barangan yang diperlukan berada di bawah satu bumbung.
Sejak perasmian cawangan pertama XimiVogue Brunei pada September lalu, ia terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan di Brunei dan menyaksikan kedai berkenaan berkembang di mana pada masa ini terdapat empat buah cawangan XimiVogue.

