Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xinjiang bantu warga emas manfaatkan teknologi pintar

    BEIJING, 29 MAC – Pelbagai pihak di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang, barat laut China menawarkan perkhidmatan kepada warga emas bagi membantu golongan itu memanfaatkan teknologi pintar dalam kehidupan harian.

    Menurut kerajaan China, usaha untuk mempopularkan perkhidmatan pintar perlu memenuhi minat warga emas, dan peranti pintar tidak boleh menjadi halangan yang menjejaskan kehidupan golongan terbabit.

    Oleh itu, pihak berkuasa berkaitan di wilayah Xinjiang akan menumpukan kepada isu yang berkait rapat dengan kehidupan warga emas termasuk perjalanan, perubatan, penggunaan, hiburan dan urusan lain yang berkaitan. Di samping itu usaha untuk menambah bekalan produk peranti pintar sesuai untuk warga emas juga akan dilaksanakan selain mengubah suai kegunaan internet supaya dapat membantu mereka mengatasi kesukaran penggunaan teknologi pintar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda