Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xpander Cross baharu tampil lebih lasak, praktikal

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – GHK Motors Sdn Bhd memperkenalkan model baharu Mitsubishi Xpander Cross 2026 yang berlangsung di Bilik Pameran Mitsubishi, Beribi pagi tadi.

    Majlis pelancaran berkenaan dihadiri oleh wakil-wakil bank, pihak media, pelanggan setia serta orang ramai yang hadir untuk menyaksikan model terbaharu keluaran Mitsubishi itu.

    Model baharu kali ini tampil dengan reka bentuk berinspirasikan SUV, keselesaan yang dipertingkatkan, serta ciri-ciri moden yang menggabungkan unsur praktikal dan semangat pengembaraan.

    Xpander Cross baharu yang dipamerkan.

    Mitsubishi Xpander Cross juga direka bagi memenuhi keperluan keluarga moden dengan ruang dalaman yang luas, pengendalian lebih baik, dan ketahanan tinggi yang sinonim dengan jenama Mitsubishi.

    Mengenai dengan reka bentuk yang lasak dan bergaya, ia dilengkapi reka bentuk Dynamic Shield ikonik dengan lampu utama LED, lampu belakang berbentuk T, serta rim aloi 17 inci yang menyerlahkan gaya lasak dan elegan.

    Atas & Bawah: Dilengkapi lampu belakang berbentuk T dan rim aloi 17 inci.

    Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 225mm serta sistem Active Yaw Control (AYC), model ini menawarkan pemanduan yakin di pelbagai keadaan jalan.

    Bahagian dalam menampilkan ruang kabin tujuh tempat duduk dengan kerusi fabrik berkualiti tinggi, papan pemuka lembut dengan jahitan halus serta hiasan warna burgundy dan maroon. Ia turut dilengkapi dengan paparan digital lapan inci, sistem infotainmen tujuh inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, serta stereng balutan kulit pelbagai fungsi.

    Bahagian dalaman Xpander Cross.

    Kemudahan tambahan termasuk butang mula enjin, brek parkir elektronik dengan Auto Hold, port pengecas USB hadapan dan belakang, serta ruang simpanan bawah lantai untuk kegunaan praktikal.

    Model ini turut dilengkapi dengan enam beg udara SRS baharu, Active Stability Control, Hill Start Assist, Brake Assist dan Emergency Stop Signal. Turut disertakan ialah kamera undur, peringatan tali pinggang keledar untuk semua penumpang, serta sistem immobilizer enjin bagi keselamatan tambahan.

    Dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC MIVEC bersama transmisi automatik CVT, Xpander Cross menawarkan prestasi pemanduan lancar dan penjimatan bahan api yang baik, sesuai dengan pelbagai keadaan jalan di Brunei.

    Setiap unit baharu didatangkan dengan Jaminan Diamond Mitsubishi selama lima tahun atau 100,000 km (yang mana lebih dahulu), memberikan nilai serta keyakinan untuk tempoh yang panjang kepada pemilik.

    Para tetamu turut menikmati peluang menyaksikan model berkenaan secara eksklusif, disediakan dengan paparan interaktif dan jamuan ringan, selain berpeluang menguji pandu kenderaan tersebut bagi merasai sendiri tahap keselesaan dan prestasinya.

    Antara tetamu yang hadir melihat pameran.

    Dalam ucapan penghargaan, pihak GHK Motors merakamkan terima kasih kepada para tetamu atas sokongan berterusan terhadap jenama Mitsubishi dan menegaskan komitmen syarikat untuk terus membawa kenderaan inovatif dan berkualiti tinggi ke pasaran Brunei.

    Sebagai tawaran khas akhir tahun, pelanggan yang membeli Mitsubishi Xpander Cross baharu mulai sekarang hingga 31 Disember akan menerima tinted percuma dan juga baucar tunai bernilai $500.

    Antara kakitangan GHK motors yang sedia membantu pelanggan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Siraaj, Bahagian Pemasaran Digital GHK Motors di talian +673 887 4796 atau e-mel siraaj@ghkmotors.com.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda