Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yaccarino dedah X hampir pulang modal

    SAN FRANCISCO, 11 OGOS – Linda Yaccarino, Ketua Pegawai Eksekutif platform media sosial X, berkata semalam bahawa syarikat itu sebelum ini dikenali sebagai Twitter ‘hampir’ pulang modal dan sedang mengambil pekerja baharu untuk menambah kakitangan yang dikurangkan oleh pemiliknya, Elon Musk.

    Yaccarino berkongsi berita itu semasa wawancara CNBC di mana dia mempertahankan keselamatan platform serta keputusan Musk untuk menggantikan nama yang diiktiraf di peringkat global dengan X.

    Bekas eksekutif iklan itu mendakwa bahawa pelbagai jenama kembali ke platform X, antaranya Coca Cola, Visa dan State Farm sebagai sebahagian daripadanya.

    Beliau memberikan pujian, sebahagiannya kepada dasar X yang membenarkan pengguna menyiarkan apa-apa yang sah, tidak kira seburuk mana pun, tetapi menghalangnya daripada dikongsi atau mendapat manfaat daripada pengiklanan.

    “Jika ia sah di sisi undang-undang tetapi sangat buruk, amat sukar bagi awda untuk melihatnya,” kata Yaccarino.

    Bagaimanapun, dia mengetepikan soalan tentang di mana maklumat salah atau teori konspirasi yang tidak berasas, mungkin juga dipromosikan oleh Musk sendiri, sesuai dengan formula itu.

    Yaccarino berkata dalam temubual semalam bahawa X ‘berjalan lancar’ dan ‘akan mendapat pulang modal.’ – AP

    Elon Musk (kiri) semasa bercakap dengan Linda Yaccarino, 18 April, di Miami Beach, Florida. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda