LOS ANGELES, 30 JUN – Petinju Britain, Khalid Yafai mengekalkan mahkota super flyweight WBA miliknya dengan kemenangan sebulat suara ke atas Norbelto Jimenez semalam.
Yafai, yang baharu pulih daripada kecederaan tangan, mengatasi Jimenez dalam semua markah juri, menang -107, 118-108, 117-109 di arena Donuts Center, Dunkin di Rhode Island.
Juara super flyweight WBA itu, yang mempunyai rekod 26-0 dan 15 knockout, mendominasi pertarungan, mengejar lawannya di gelanggang, tetapi dia juga diejek oleh para penonton kerana melepaskan pukulan rendah.
Petinju Britain itu memerlukan kemenangan ini bagi meletakkannya pada kedudukan untuk pertarungan lebih besar.
Jimenez gagal dalam percubaan keduanya bagi merebut mahkota WBA selepas terlepas peluang dalam satu keputusan seri menentang Kohei Kono pada 2014. Dia kini mempunyai rekod kerjaya 29-9 dengan empat seri. – AFP