Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Yahoo tamatkan perkhidmatan 20 peratus kakitangan

    NEW YORK, 10 FEB – Yahoo kelmarin mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan perkhidmatan lebih 20 peratus kakitangannya menjelang akhir tahun, termasuk 1,000 pekerjanya minggu ini, lapor UPI.

    Syarikat sedang berusaha untuk menyelaraskan operasi menerusi unit pengiklanannya. 
    Syarikat itu secara keseluruhannya menjana kira-kira AS$8 bilion hasil tahunan, tetapi kini berusaha mengutamakan bidang lain, Ketua Pegawai Eksekutif Jim Lanzone memberitahu Axios.

    Ia bukanlah satu keputusan mudah, tetapi kami percaya perubahan ini akan memudahkan dan mengukuhkan perniagaan pengiklanan kami untuk jangka panjang, serta memboleh-
    kan Yahoo menyampaikan kualiti lebih baik kepada pelanggan dan rakan kongsi kami, kata jurucakap Yahoo, menurut CNBC.

    Yahoo akan menutup perniagaan pengiklanannya sebaliknya memberi tumpuan kepada perkongsian baharunya dengan Taboola, kata Lanzone.

    Pada November, Yahoo mempunyai hampir 25 peratus kepentingan dalam Taboola menerusi perjanjian komersial selama 30 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...