ISLAMABAD, 27 OKT – Yahya Afridi mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Pakistan ke-30 kelmarin, menurut kenyataan dari Sayap Media Rumah Presiden, lapor Xinhua.
Presiden Asif Ali Zardari mengendalikan upacara angkat sumpah itu yang diadakan di Rumah Presiden di Islamabad. Hakim Mahkamah Agung yang baru dilantik itu mengambil alih jawatan itu selepas pendahulunya, Hakim Qazi Faez Isa, bersara Jumaat lalu setelah menamatkan tempoh perkhidmatannya.
Afridi telah dicalonkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen sebagai ketua hakim seterusnya daripada tiga hakim paling kanan di Mahkamah Agung di bawah pindaan baharu Perlembagaan Pakistan, dan Perdana Menteri telah mengemukakan ringkasan berkenaan kepada Presiden yang meluluskan pelantikan itu. – Bernama