Saturday, October 19, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yahya Sinwar akan jadi sumber inspirasi bagi Palestin: Iran

    NEW YORK, 18 OKT – Misi diplomatik Iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pemimpin Hamas yang syahid, Yahya Sinwar akan menjadi sumber inspirasi bagi golongan belia dan kanak-kanak Palestin yang akan meneruskan perjuangannya ke arah pembebasan tanah air mereka.

    Kenyataan ini dimuat naik di akaun rasmi X misi diplomatik Iran ke PBB bersama gambar yang menunjukkan detik-detik terakhir Sinwar, lapor agensi berita Republik Islam (IRNA).

    “Ketika pasukan Amerika Syarikat mengheret Saddam Hussein yang tidak terurus keluar dari lubang bawah tanah, dia merayu agar tidak dibunuh walaupun dia bersenjata.

    “Mereka yang menganggap Saddam sebagai model penentangan akhirnya tumbang.

    “Namun, apabila umat Islam melihat kepada syahid Sinwar yang berdiri di medan perang dalam pakaian tempur dan berhadapan musuh secara terbuka, bukan di tempat persembunyian semangat penentangan akan lebih diperkukuh,” tambah kenyataan itu.

    Misi itu turut menyatakan bahawa Sinwar akan menjadi contoh kepada belia dan kanak-kanak yang akan meneruskan jalannya ke arah pembebasan Palestin. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda