Ayam kebanggaan Jepun, Yakitori Kebabs merupakan salah satu makanan segera yang paling diminati di negara tersebut malah tidak lama lagi ia akan membuat penampilan hebat di angkasa lepas selepas pihak Jepun memaklumkan bahawa makanan itu akan dijadikan makanan para angkasawan.
Dengan daging ayam dicucuk di lidi dan mempunyai pelbagai rasa sos yang terkenal di Jepun, makanan ini telah memenangi sijil ‘Japanese space food’ untuk dibekalkan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Yakitori bersama dengan 34 jenis makanan Jepun seperti bebola berasaskan ‘onigiri’, mi ramen, sup rumpai laut dan makarel yang sudah dimasak, sebagai makanan angkasawan Jepun di angkasa lepas sekali gus merasakan suasana rumah ketika berada di ruang angkasa.
Mereka boleh memilih makanan Jepun yang disahkan untuk dibawa dalam misi mereka, sebagai tambahan kepada makanan asas yang dipilih oleh pihak NASA, jurucakap dari JAXA Exploration menerangkan. Yakitori mendapat kelulusan dengan hanya dua perasa iaitu kicap dan ‘yuzu kosho’ – lada hijau yang ditanam dengan yuzu buah sitrus Jepun.
Akan tetapi angkasawan ingin merasakan pengalaman menikmati yakitori yang padu seperti mengunyah sendiri dari lidi buluh namun berikutan peraturan ruang yang ketat membuatkan keinginan itu menjadi mustahil. “Makan dari lidi di ruang angkasa adalah baik akan tetapi ia akan meninggalkan sisa,” kata jurucakap JAXA kepada media AFP. Yakitori akan dimakan dalam bentuk tin dan disimpan dalam ruangan khas bagi memastikan ia tidak terapung dalam persekitaran mikrograviti. Tin yakitori yang diluluskan telah dihasilkan oleh Hotei Food, yang berpangkalan di Shizuoka, barat daya Tokyo. Syarikat itu berkata bahawa mereka menjangkakan tin itu akan memberikan impak besar apabila dibawa oleh angkasawan Jepun ke ruang angkasa pada tahun depan.
Ia telah mendapat kelulusan JAXA selepas membersihkan satu set kriteria yang ketat seperti jaminan makanan itu tidak akan basi atau sebaliknya walaupun selepas 18 bulan dalam suhu bilik yang tertentu. – AFP
