BARCELONA, 30 APRIL – Bintang remaja Barcelona, Lamine Yamal, menegaskan dia tidak wajar dibandingkan dengan Lionel Messi menjelang perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Inter Milan hari ini.
Pemain berusia 17 tahun itu muncul sebagai tonggak penting di posisi sayap kanan posisi yang sinonim dengan Messi dan kedua-duanya merupakan produk akademi La Masia yang terkenal.
“Saya tidak membandingkan diri saya dengan sesiapa pun, apatah lagi dengan Messi,” kata Yamal. “Kami hanya fokus untuk memperbaiki diri setiap hari. Saya hanya mahu menikmati permainan dan menjadi diri sendiri.”
Yamal tetap mengakui kekagumannya terhadap ikon Argentina itu, menyifatkan Messi sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, namun menolak sebarang perbandingan peribadi.
Kapten Inter Milan, Lautaro Martinez, turut menyokong pandangan tersebut dan menyatakan bahawa Messi tiada tandingan, namun tetap menghormati potensi besar yang dimiliki Yamal sebagai pemain muda yang menyerlah.
Jika diturunkan menentang Inter, Yamal bakal mencatat penampilan ke-100 bersama Barcelona dalam semua kejohanan. Dia sebelum ini mencipta dua bantuan jaringan ketika menewaskan Real Madrid 3-2 dalam final Copa del Rey. – AFP
