Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Yamal idam status legenda di Barcelona

    MADRID, 13 SEPT – Pemain muda sensasi Sepanyol, Lamine Yamal menegaskan berharap tidak akan meninggalkan Barcelona dan mahu mengakhiri kariernya bersama kelab itu sebagai seorang legenda.

    Yamal membuat penampilan pertamanya bersama Barcelona pada usia 15 tahun pada April 2023 lalu sebelum muncul tonggak penting buat skuad gergasi Catalan itu.

    “Saya harap tidak akan tinggalkan (Barcelona), saya mahu menjadi sebahagian legenda di Barcelona,” katanya yang kini berusia 17 tahun ketika ditemu bual dalam rancangan popular El Hormiguero di televisyen swasta Sepanyol Antena 3.

    Pemain sayap berbakat itu memainkan peranan cukup penting untuk negaranya ketika Sepanyol memenangi Euro 2024 untuk rekod kali keempat, menjadi pemain bola sepak termuda pernah bermain dan menjaringkan gol dalam sejarah pertandingan itu.

    Di Barcelona, Yamal cuba dibandingkan dengan seorang lagi bekas bintang Barcelona, Lionel Messi yang turut memulakan kariernya di kelab itu. “Untuk dibandingkan dengan yang terbaik dalam sejarah bagi saya ia amat luar biasa, ini bermakna awda melakukan sesuatu yang betul tetapi saya cuba menjadi diri saya.

    “Amat sukar untuk mencapai itu (pencapaian kerjaya Messi), jadi saya harap saya akan diingati sebagai Lamine Yamal,” katanya.

    Ujarnya lagi, dia akui kelabnya itu banyak membentuk cara dan gaya permainannya seperti mana yang dibuktikan ketika membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024.

    “Daripada kecil lagi (di akademi Barcelona), kelab menyediakan pelbagai kemudahan terbaik. Mereka menyediakan saya sejak dari remaja lagi. Saya tidak sabar untuk melangkah ke hadapan bersama kelab ini,” katanya. – AFP

    Aksi Lamine Yamal mengawal bola semasa perlawanan bola sepak Kumpulan A4 UEFA pada 5 September lalu. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Barca menang bergaya atasi Athletic, rasmikan stadium Camp Nou

    BARCELONA, 23 NOV - Barcelona kembali dengan penuh gemilang...

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    PARIS, 23 NOV- Paul Pogba yang telah lama dinanti-nantikan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...