Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yamal terima kecaman, mungkin disiasat

    BARCELONA, 16 JULAI – Bintang bola sepak Barcelona, Lamine Yamal, menerima kecaman dan berkemungkinan disiasat selepas didakwa mengupah individu bertubuh kerdil sebagai penghibur semasa sambutan mewah ulang tahunnya yang ke-18 hujung minggu lalu.

    Kementerian Hak Sosial Sepanyol telah meminta pihak pendakwa raya membuka siasatan berhubung pengambilan dan pendedahan para penghibur tersebut. Pengarah kementerian berkenaan, Jesus Martin Blanco, memberitahu agensi berita Europa Press bahawa tindakan seperti itu “mengingatkan kita kepada zaman pertengahan.”

    Sebuah pertubuhan tempatan untuk orang kurang upaya turut mengecam tindakan tersebut dan menyatakan bahawa mereka akan mengambil tindakan “secara undang-undang dan sosial” terhadap pihak yang bertanggungjawab mempromosikan amalan seperti itu.

    Stesen radio Sepanyol, RAC1, menyiarkan wawancara bersama salah seorang penghibur yang hadir di majlis itu. Lelaki tersebut menyatakan bahawa mereka dilayan dengan penuh hormat. Dia turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap reaksi negatif yang diterima oleh Yamal kerana mengupah mereka.

    Yamal meraikan hari jadinya dengan satu majlis meriah yang dihadiri ramai selebriti, termasuk beberapa rakan sepasukan dari Barcelona. – AFP

    Lamine Yamal, berdepan siasatan berhubung kehadiran sekumpulan individu bertubuh kerdil yang didakwa diundang sebagai penghibur semasa majlis sambutan ulang tahun ke-18 beliau, hujung minggu lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda