Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yaman terima vaksin COVID-19 pertama

    ADEN, 31 MAC – Yaman menerima penghantaran pertama vaksin COVID-19 hari ini, menurut agensi kanak-kanak PBB, seminggu selepas jawatankuasa koronavirus negara memberi amaran mengenai kesihatan awam berada dalam ‘kecemasan’.

    Ketibaan dos AstraZeneca di pelabuhan bandar selatan, Aden, ibu kota de facto Yaman, bandar kerajaan yang diiktiraf antarabangsa selepas diusir keluar dari Sanaa di bahagian utara oleh pemberontak Huthi.

    “Yaman menerima 360,000 dos vakisn COVID-19 dihantar melalui kemudahan Covax,” menurut UNICEF dalam kenyataan, merujuk kepada skim disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menyediakan suntikan kepada negara-negara memerlukan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda