Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Yamashita pengadil bola sepak pertama Jepun

    TOKYO, 1 OGOS – Yoshimi Yamashita menjadi pengadil bola sepak profesional wanita pertama Jepun hari ini dan berkata dia gembira mendapat ‘sambutan yang hebat’ ketika dia bersedia untuk mencipta sejarah di Piala Dunia.

    Yamashita, 36, dinamakan pada Mei bersama Stephanie Frappart dari Perancis dan Salima Mukansanga dari Rwanda sebagai pegawai untuk Qatar pada akhir tahun ini – wanita pertama menjadi pengadil pada perlawanan Piala Dunia lelaki.

    Yamashita telah menandatangani kontrak profesional dengan Persatuan Bola Sepak Jepun dan menghabiskan hari pertamanya memberikan ceramah kepada kanak-kanak sekolah.

    Peranan baharunya datang kurang setahun selepas Jepun melancarkan liga bola sepak wanita profesional pertama, Liga WE.

    Yamashita, wanita pertama yang bertanggungjawab terhadap perlawanan Liga Juara-Juara Asia lelaki, berkata dia fikir ‘adalah bagus untuk badan bola sepak beralih perhatian kepada wanita.’

    “Matlamatnya supaya ia bukan sesuatu isu besar di mana wanita menjadi pengadil dalam perlawanan lelaki, namun pada peringkat ini saya gembira ia sudah menerima perhatian,” katanya.

    Yamashita, Frappart dan Mukansanga dipilih dalam kalangan 36 pengadil untuk perlawanan Piala Dunia pada November-Disember, dengan tiga wnaita lain dinamakan dalam senarai 69 penolong pengadil buat pertama kalinya.

    Yamashita berkata dia tidak sabar-sabar untuk ‘memberikan nafas baharu Piala Dunia’ di Qatar akhir tahun nanti. – AFP

    Yoshimi Yamashita semasa menghadiri acara awam sebelum sidang media di muzium bola sepak Jepun di Tokyo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...