Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan perpisahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib hari ini telah menerima kunjungan perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe yang akan menamatkan perkhidmatannya.

    Turut hadir semasa kunjungan tersebut, Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Dr Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah.

    Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menghargai persahabatan dan hubungan erat yang sedia ada di antara kedua-dua buah negara di samping berkesempatan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan perkara-perkara berkepentingan bersama khasnya mengenai sistem perundangan kedua-dua negara dan perancangan untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua badan perundangan.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman semasa menerima kunjungan perpisahan daripada TYT John Virgoe. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...