BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib telah menerima tiga kunjungan perpisahan daripada ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam, hari ini.
Majlis tersebut diadakan secara berasingan bertempat di Bangunan Dewan Majlis.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN telah menerima kunjungan perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.
Perbincangan semasa kunjungan-kunjungan perpisahan tersebut telah menyentuh isu-isu berkepentingan dan menjadi keprihatinan bersama.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman turut merakamkan ucapan penghargaan terhadap segala usaha yang telah dilaksanakan oleh ketua-ketua perwakilan tersebut di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di negara ini dalam mengekalkan dan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Brunei Darussalam dengan negara masing-masing, terutama sekali dalam konteks hubungan antara rakyat.
Para ketua perwakilan yang hadir telah mengucapkan terima kasih atas segala bantuan serta kemudahan yang telah diberikan oleh pihak Brunei Darussalam, yang telah menyumbang kepada pengukuhan hubungan antara negara mereka dengan Brunei
Darussalam.
Ketua-ketua perwakilan tersebut juga berharap agar hubungan antara negara akan terus diperkukuhkan dan dikembangkan lagi pada masa hadapan.




