Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yang di-Pertuan Agong Malaysia jalani rawatan perubatan di luar negara

    KUALA LUMPUR, 7 FEB – Yang di-Pertuan Malaysia, Sultan Ibrahim, berangkat meninggalkan negara hari ini untuk menerima rawatan perubatan di luar negara, menurut kenyataan istana, tanpa mendedahkan destinasi atau keadaan kesihatan Baginda.

    “Baginda berangkat ke luar negara untuk menjalani rawatan,” umum istana dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa dua anakanda lelaki Baginda turut mengiringi.

    “Perkara itu telah disampaikan kepada Majlis Raja-raja dan kerajaan persekutuan,” kata kenyataan itu.

    “Semua rakyat Malaysia digesa mendoakan agar Yang di-Pertua Agong segera sembuh dan diberi kesejahteraan berterusan,” tambahnya.

    Baginda berangkat dari pangkalan udara Subang berhampiran ibu kota Kuala Lumpur. Pihak istana tidak mendedahkan rawatan yang diterima Baginda di luar negara.

    Sultan Ibrahim menjalani prosedur angioplasti di Pusat Perubatan Gleneagles di Singapura pada 2016.

    Pada 2023, Baginda menjalani pembedahan bahu untuk merawat kecederaan lama di sebuah hospital di Kuala Lumpur. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda