Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yang Dipertua Negeri Sarawak tiba bagi lawatan muhibah selama 3 hari

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi tiba di negara ini, hari ini bagi lawatan muhibah selama tiga hari.

    Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Yang Dipertua Negeri Sarawak bersama isteri disambut oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha dan isteri.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha akan menerima menghadap Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah di Istana Nurul Iman esok.

    Sepanjang berada di negara ini, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan isteri akan melawat tempat-tempat menarik seperti bangunan Muzium Alat Kebesaran Diraja, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pusat Sejarah Brunei dan Kampong Ayer serta menghadiri majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.

    Ketibaan Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi dan isteri disambut oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dan isteri. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda