Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Yang sakit bertambah sakit

    Minggu lalu, saya berkunjung ke sebuah hospital tempatan untuk menziarahi seorang sahabat yang sedang dirawat akibat kemalangan.

    Niat saya hanya untuk memberi sokongan dan sedikit semangat buatnya.

    Namun, sebaik memasuki wad, saya terkejut dengan suasana yang bising dan agak kecoh.

    Suara pelawat bercakap kuat serta ada yang ketawa tanpa menghiraukan pesakit lain yang sedang berehat.

    Saya sendiri berasa tidak selesa, apatah lagi mereka yang sedang sakit dan memerlukan ketenangan untuk pulih. Sahabat saya hanya mampu tersenyum lemah, walaupun jelas terganggu dengan keadaan sekeliling.

    Waktu lawatan yang sepatutnya menjadi ruang menenangkan, berubah menjadi suasana seperti pasar.

    Pada pendapat saya, semua pelawat harus lebih peka dan berdisiplin ketika berada di hospital. Kita perlu sedar bahawa hospital bukan tempat untuk bersosial seperti di rumah sendiri, tetapi ruang yang harus dijaga ketenangannya demi kesejahteraan pesakit.

    Sebagai pelawat, kita perlu tunjukkan rasa hormat kepada penghuni-penghuni yang menderita kesakitan dan jadilah penyokong penyembuhan bukan punca gangguan.

    Meme

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...