Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yang Se Chan dedah 12 tahun sembunyikan kanser tiroid

    Lama menyimpan rahsia, anggota siri popular Running Man, Yang Se Chan mendedahkan dia sudah 12 tahun menghidap kanser tiroid.

    Menurut Se Chan, dia disahkan menghidap penyakit itu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan bersama sekumpulan pelawak.

    Katanya, pada ketika itu dia tidak sempat berasa sedih kerana kehadiran rakan-rakan membuatkan suasana menjadi ceria.

    “Awalnya saya mengalami keletihan melampau selama tiga tahun, terutamanya pada waktu petang. Saya tidak sangka ia berpunca daripada penyakit itu.

    “Selepas pembedahan, keletihan itu hilang. Sebelum ini saya perlu tidur lebih 10 jam sehari, tetapi sekarang keadaan lebih baik. Namun sehingga kini saya masih perlu mengambil ubat,” katanya.

    Se Chan berkongsi perkara itu ketika tampil dalam program Problem Child in House bersama Park Si Eun dan Jin Tae Hyun.

    Tambahnya, dia pernah cuba mengamalkan gaya hidup sihat selepas pembedahan namun hanya bertahan selama enam bulan.

    “Saya mengamalkan makanan sihat selama enam bulan, tetapi saya dapati diri saya tak boleh hidup tanpa nasi jjamppong,” ujarnya berseloroh.  – Agensi

    Se Chan mendedahkan sudah 12 tahun menghidap kanser tiroid. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda