YANGON, 28 JAN – Bandar utama Myanmar, Yangon menyambut lebih 240,000 pelawat antarabangsa pada 2024, lapor akhbar rasmi The Global New Light of Myanmar, kelmarin.
Kebanyakan pelawat antarabangsa terutamanya dari China, Thailand dan Korea Selatan, tiba melalui udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, kata laporan itu, memetik Aung Thet Htun, timbalan pengarah Direktorat Hotel dan Pelancongan Wilayah Yangon.
Sementara itu, kira-kira 1.9 juta pelancong domestik mengunjungi Yangon melalui pelbagai kaedah pengangkutan, termasuk kereta api, jalan raya dan melalui udara, dalam tempoh itu, tambahnya.
Bagi meningkatkan lagi sektor hotel dan pelancongan di Yangon, kerjasama sedang dijalankan antara Kementerian Hotel dan Pelancongan, Kerajaan Wilayah Yangon, Persekutuan Pelancongan Myanmar, Persatuan Pengusaha Hotel Myanmar (Zon Yangon) dan organisasi lain yang berkaitan, katanya. – Xinhua