Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Yangtze susut, kemarau teruk landa China

    CHONGQING, 19 OGOS – Sungai terbesar China, Yangtze menyusut teruk hari ini akibat kemarau musim panas terburuk di China dalam masa enam dekad sehingga berbaki separuh daripada lebarnya dan usaha-usaha untuk mengekang kerosakan terhadap ekonomi yang merosot dalam tahun sensitif telah digiatkan.

    Kilang-kilang di wilayah Sichuan dan berhampiran metropolis Chongqing di barat daya diarahkan ditutup selepas empangan yang membekalkan kuasa hidro berkurangan kepada separuh paras normalnya dan permintaan bagi penyaman udara pula meningkat akibat suhu yang membahang.

    Feri sungai di Chongqing yang sering penuh dengan pelancong kelihatan kosong dan berlabuh di jeti berhampiran lumpur terbentang sepanjang 50 meter dari pesisir tebing biasa akibat kesusutan sungai. Kapal lebih kecil boleh berlayar ke tengah Yangtze, salah sebuah dari terusan perdagangan terbesar China, namun tiada kapal kargo kelihatan.

    Jalan raya yang lazimnya sibuk turut lengang selepas suhu mencecah 45 darjah Celsius di Chongqing kelmarin. Media kerajaan mengatakan ia adalah suhu terpanas di China di luar kawasan gurun Xinjiang di barat daya sejak rekod rasmi dicatatkan dalam 1961.

    “Kami tidak dapat hidup sepanjang musim panas ini tanpa penyaman udara,” kata Chen Haofeng, 22, yang merakamkan gambar dasar sungai yang terdedah. “Tiada apa yang boleh menyejukkan kami,” tambahnya.

    Gangguan itu menambah cabaran bagi Parti Komunis memerintah, yang cuba meningkatkan ekonominya sebelum satu mesyuarat dalam Oktober atau November apabila Presiden Xi Jinping dijangka melanjutkan penggal ketiga sebagai pemimpin.

    Ekonomi kedua terbesar dunia itu hanya tumbuh 2.5 peratus setahun sebelumnya pada suku pertama 2022, kurang daripada sasaran rasmi 5.5 peratus.

    Impak kemarau di Sichuan lazimnya kurang teruk kerana wilayah itu mendapat 80 peratus daripada kuasanya dari empangan hidroelektrik. Lembangan Yangtze, merangkumi 19 wilayah, mengeluarkan 45 peratus daripada pengeluaran ekonomi China, menurut Bank Dunia. – AP

    Pelajar berpayung kelihatan berdiri di tebing sungai yang kering di sungai Jialing, di barat daya majlis perbandaran Chongqing, 19 Ogos. China dilanda kemarau teruk yang mengakibatkan sungai terbesarnya, Yangtze susut airnya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...