MILAN, 8 OGOS – Inter Milan telah menggantikan Andre Onana dengan menandatangani pemain veteran Switzerland, Yann Sommer sebagai penjaga gol pilihan pertamanya.
Nerazzurri mengumumkan perpindahan itu kelmarin berikutan perpindahan dari Bayern Munich yang bernilai 6 juta euro (AS$5.45 juta), menurut Gazzetta dello Sport.
Itu adalah sebahagian kecil daripada 51 juta euro (AS$57 juta) yang Inter peroleh daripada menjual Onana kepada Manchester United.
Selepas lapan tahun setengah di Borussia Mönchengladbach, Sommer yang berusia 34 tahun menghabiskan separuh kedua musim lalu di Bayern sebagai pengganti Manuel Neuer yang cedera.
Ogos tahun lalu ketika masih di Mönchengladbach, Sommer mencipta rekod Bundesliga dengan 19 penyelamatan dalam perlawanan menentang Bayern.
Onana telah berbahagi masa musim lalu dengan Samir Handanovic, yang kontraknya tidak diperbaharui.
Sommer berkata bahawa ‘sebab besar’ untuk menandatangani dengan Inter adalah kerana kemampuannya bermain dari belakang sesuai dengan taktik jurulatih Inter, Simone Inzaghi.
“Itu gaya saya menjaga gol,” katanya. “Saya suka menjadi pilihan yang baik untuk pasukan.”
Sommer telah membuat 83 penampilan untuk Switzerland. – AP
