Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Yappe Mobile & Services telah melancarkan premis Vivo terbarunya di Berakas, hari ini.
Buat kali pertama, Yappe Mobile & Services bekerjasama dengan Vivo Malaysia bagi membuka petak produk Vivo yang kini semakin menarik minat ramai pengguna telefon bimbit di Negara Brunei Darussalam.
Pengurus Urusan Yappe Mobile & Services, Lim Min Yaw ketika ditemui pihak media memberitahu bahawa bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran cawangan terbaru itu, beberapa tawaran istimewa telah diatur dan disediakan bagi para pelanggan yang membuat pembelian mana-mana telefon di cawangan Vivo berkenaan bagi tiga hari bermula hari ini dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi pelanggan bertuah.
Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah kad tambah nilai Easi, beg, botol dan pelbagai aksesori dan peralatan telefon lainnya.
Sementara itu, pelanggan yang membeli telefon dalam tempoh tiga hari ini akan berpeluang memenangi tiga unit Vivo V9 menerusi cabutan bertuah Ahad ini. Antara keistimewaan telefon Vivo adalah ia menawarkan kualiti kamera yang baik dan memuaskan pada harga yang berpatutan.
