Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Yaris Cross lebih agresif, sportif

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – NBT Brunei, pengedar tunggal jenama Toyota telah melancarkan kereta keluaran baharunya Toyota Yaris Cross pada majlis yang berlangsung di Bilik Pamerannya di Gadong.

    Hadir melancarkan kereta berkenaan ialah Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husin bersama dua wakil dari institusi perbankan, Baiduri Finance dan BIBD At-Tamwil.

    Kira-kira 100 pelanggan NBT turut hadir menyaksikan pelancaran berkenaan yang diserikan dengan beberapa persembahan dari Relentless Entertainment.

    Menurut kenyataan NBT, Toyota Yaris Cross menampilkan kemasan yang lebih agresif dan sportif dengan bampar hadapan baharu direka lebih khusus untuk pemanduan off-road, bampar belakang dengan trim baharu, set rim aloi bersaiz 18 inci untuk 1.5 (A) HEV dan 17 inci untuk 1.5 (A) ICE.

    Kemasan dalaman pula merangkumi headliner berwarna hitam, piano black trim, rekaan unik seakan-akan kulit pada tempat duduk serta dekorasi unik pada papan pemuka dan panel pintu.

    Dari segi kuasa, Toyota Yaris Cross datang bersama dua varian yang menggunakan enjin 1.5 liter. Untuk enjin 2NR -VE 1.5 ICE petrol transmisi CVT dengan kuasa 104hp/138Nm dan enjin 2NR -VEX 1.5 petrol HEV transmisi E-CVT dengan kuasa 90hp/141Nm yang mana sistem pacuan semua roda pintar dan beberapa mod pemanduan termasuk Snow & Trail.

    Selain itu, majlis juga mendengarkan penerangan daripada pelatih NBT dan wakil jualan tentang spesifikasi dan ciri-ciri kereta.

    Orang ramai yang berminat untuk melihat lebih dekat kereta baharu berkenaan boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran NBT Brunei dan Toyota Yaris Cross juga tersedia untuk pandu uji bermula esok.

    Haji Ahmad Omar dan dua wakil dari Baiduri Finance dan BIBD At-Tamwil bergambar bersama Toyota Yaris Cross selepas dilancarkan di Bilik Pameran Toyota di Gadong kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Orang ramai melihat Yaris Cross yang baru dilancarkan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir pada majlis pelancaran itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...