Monday, November 18, 2024
32.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yaris Cross milik Dayangku Aliah Hannah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Dayangku Aliah Hannah binti Pengiran Adanan diumumkan sebagai pelanggan bertuah dengan menerima sebuah Toyota Yaris Cross Hybrid serba baharu sebagai hadiah utama untuk kempen Transact & Win ketika berlabuhnya tirai Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Mega Karnival yang dinanti-nantikan, malam ini.

    Karnival itu telah menerima kunjungan lebih 200,000 orang secara keseluruhannya bermula dari 13 November hingga malam ini. Istimewanya lagi, lebih 22,000 penyertaan direkodkan untuk kempen Transact & Win sahaja, menonjolkan kejayaan besar kempen dan acara secara umum.

    Di samping itu, banyak lagi hadiah menarik termasuk perjalanan menunaikan ibadah umrah, melancong ke Australia, Jepun, Bangkok dan Kuala Lumpur.

    Sebagai salah satu acara terbesar BIBD tahun ini, BIBD Mega Karnival menghimpunkan vendor, perniagaan tempatan, pihak berkepentingan dan ribuan pengunjung dalam mempamerkan bakat tempatan, produk dan semangat kemasyarakatan.

    Acara julung kali ini juga disambut dengan respons yang sangat positif daripada vendor dan para pengunjung, yang memuji suasana yang meriah dan sokongan yang telah diketengahkan oleh para peniaga dan usahawan tempatan.

    Dayangku Aliah Hannah hadiah utama berupa menerima sebuah kereta daripada Awang Junaidi. – GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL
    Awang Junaidi bersama pihak pengurusan kanan BIBD. – GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL
    GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL

    Mengimbas kembali acara tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

    “Sokongan yang amat menggalakkan telah kita lihat di BIBD Mega Karnival sememangnya memberi inspirasi. Ia adalah kali pertama kami mengadakan acara berskala ini dan merupakan satu keistimewaan untuk melihat masyarakat berkumpul dengan cara yang begitu bermakna. Kami mengambil perhatian semua maklum balas dan akan berusaha untuk mengadakan acara-acara akan datang lebih berkesan dan menyeronokkan untuk semua yang terlibat,” katanya.

    Awang Junaidi menambah, BIBD Mega Karnival mencerminkan komitmen bank berkenaan untuk meningkatkan ekonomi domestik dengan menggalakkan perbelanjaan tempatan serta dedikasi mereka kepada memberi kembali kepada komuniti yang menyokong bank tersebut.

    “Acara ini bukan sahaja tentang keseronokan dan hadiah tetapi juga tentang memupuk aktiviti ekonomi dengan mewujudkan platform bagi perniagaan tempatan untuk bersinar,” ujarnya lagi.

    Sementara itu bagi kempen Apply & Win, yang bermula pada 1 November dan berlangsung hingga akhir karnival, telah menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi Lexus LBX Active dan pilihan hadiah-hadiah premium, termasuk LG Home Bundles, Apple Bundles dan banyak lagi.

    Pemenang-pemenang akan diumumkan pada awal Disember ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda