Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yashwantnoah juara perseorangan lelaki

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 30 April – Empat kategori telah dipertandingkan dalam Peringkat Akhir Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Kluster 5 yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Penapar, Tutong, kelmarin.

    Bagi Kategori Perseorangan Lelaki, johan dimenangi oleh Yashwantnoah bin Yalim dari Sekolah Rendah (SR) Bukit Panggal. Johan Kategori bagi Perseorangan Perempuan pula dimenangi oleh Siti Nur Salisdiana Atiqah binti Mohd Jefri.

    Manakala johan bagi Kategori Beregu Lelaki dimenangi oleh Pasukan dari SR Kampung Menengah iaitu Mohd Nurhidayat bin Mohd Nordin dan Mohd Adib bin Puasa. Bagi Kategori Beregu Perempuan, johan disandang oleh Norfaez Azyra binti Jailani dan Nur Syakillah Atiqah binti Md Jeffri dari Pasukan SR Bukit Udal.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah di kejohanan tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, Penghulu Mukim Tanjung Maya, Daerah Tutong.

    Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Cawangan Daerah Tutong yang dikendalikan oleh SR Penapar, Tutong selaku tuan rumah.

    Pemenang Kategori Beregu Lelaki, Mohd Nurhidayat dan Mohd Adib bersama tetamu kehormat.
    Pemenang Kategori Beregu Lelaki, Mohd Nurhidayat dan Mohd Adib bersama tetamu kehormat.
    Tetamu kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada johan bagi Kategori Perseorangan Lelaki, Yashwantnoah.
    Tetamu kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada johan bagi Kategori Perseorangan Lelaki, Yashwantnoah.
    Johan Kategori Beregu Perempuan, Norfaez Azyra dan Nur Syakillah Atiqah dari Pasukan SR Bukit Udal bergambar bersama tetamu kehormat.
    Johan Kategori Beregu Perempuan, Norfaez Azyra dan Nur Syakillah Atiqah dari Pasukan SR Bukit Udal bergambar bersama tetamu kehormat.

    Kejohanan ini bermula pada 15 hingga 29 April 2017. Sebanyak 21 buah sekolah rendah Kluster 5 telah menyertai kejohanan ini.

    Turut hadir di kejohanan ini ialah guru-guru besar, penolong-penolong guru besar sekolah-sekolah yang terlibat, pegawai-pegawai kokurikulum Tutong dan juga guru-guru pengawas pasukan badminton sekolah-sekolah yang mengikuti kejohanan ini.

    Tujuan kejohanan tersebut diadakan adalah sebagai salah satu kegiatan projek tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum Cawangan Daerah Tutong. Kejohanan ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar, di samping mengembangkan daya saing yang sihat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda