Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yasin Sulaiman masih di Hospital Bahagia

    Perbicaraan kes melibatkan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman ditangguhkan susulan laporan kesihatan mental dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak masih belum diperolehi.

    Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Muhamad Amin memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis tertuduh masih berada di hospital berkenaan untuk pemerhatian lanjut terhadap kesihatan mentalnya.

    “Pihak kami dimaklumkan laporan psikiatri belum sedia. Orang kena tuduh (OKT) juga tidak dibawa (ke mahkamah) hari ini.

    “Jadi pihak kami memohon satu lagi tarikh lagi bagi sebutan laporan psikiatri,” katanya.
    Hakim Nik Hasimah menetapkan tarikh 6 Julai ini bagi sebutan semula laporan psikiatri Yasin.

    Sementara itu, peguam tertuduh iaitu Ariff Azami memaklumkan laporan kesihatan anak guamnya masih dalam proses untuk disiapkan.

    Yasin masih menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia. – Berita Harian

    “Laporan psikiatri seperti diperintah mahkamah lalu, ia masih dalam proses disiapkan hospital.

    “Mengikut undang-undang, hospital mempunyai masa maksimum dua bulan untuk siapkannya.

    Tiada bantahan untuk satu lagi tarikh sebutan,” ujarnya. Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

    Pada prosiding bertarikh 8 Mei lalu, Yasin diarahkan menjalani pemeriksaan Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan selepas hakim membenarkan permohonan pihak pembelaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

    Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda