Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yasmine Ow minta Aditya penuhi dua syarat

    Model asal Malaysia iaitu Yasmine Ow tidak menuntut nafkah anak dalam tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya, iaitu pelakon Aditya Zoni.

    Kompas melaporkan Yasmine memberitahu dia mampu memberi nafkah kepada anak mereka, iaitu Zayn Serdar Enver tanpa bantuan daripada suaminya itu.

    “Tidak, saya tidak minta nafkah kerana saya mampu,” katanya.

    Dalam pada itu, peguam yang mewakili Yasmine, Machi Ahmad memberitahu anak guamnya hanya ingin memfailkan tuntutan penceraian serta memohon hak penjagaan anak.

    Kata Machi, dia berharap agar dua permintaan Yasmine itu dapat ditunaikan oleh pihak mahkamah.

    “Kami serahkan kuasa hakim untuk memutuskan adakah anak guam saya layak untuk memegang hak penjagaan anak,” ujarnya.

    Untuk info, Yasmine merupakan anak kelahiran Sabah yang bernikah dengan Aditya pada 28 Disember 2021.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, iaitu Zayn Serdar Enver yang kini berusia dua tahun. – Agensi

    Yasmine hanya mahu hak penjagaan anak mereka, Zayn. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda