Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yaya Toure sertai Olympiakos

    PIRAEUS, Greece, 3 Sept – Bekas pemain Manchester City dan Barcelona, Yaya Toure kembali menyertai skuad Olympiakos semalam, setelah 12 tahun membuat kemunculan di persada Eropah bersama kelab Liga Super Greece berkenaan.

    Pemain berusia 35 tahun berasal dari Ivory Coast menyarungkan jersi kelab berpangkalan di Piraeu pada musim 2005 hingga 2006, meledak tiga gol dalam 20 perlawanan.

    Dia kemudiannya menyertai Monaco sebelum berpindah ke Barcelona antara musim 2007 hingga 2010. Selepas pemilik dari Arab menyalurkan dana besar kepada Manchester City, Toure adalah antara pemain utama yang dipikat untuk membantu kelab itu menjulang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dalam tempoh tujuh musim.

    Toure beraksi 230 perlawanan bagi City, meledak 59 gol tetapi dilepaskan pada penghujung musim lalu setelah menjulang gelaran dan pada masa sama, dia juga kecewa apabila jarang diberi peluang beraksi untuk kelab yang berpangkalan di utara England berkenaan.

    Toure juga pernah beraksi untuk skuad Metalurh Donetsk di Ukraine pada 2003 hingga 2005 dan kelab Beveran dari Belgium pada 2001 hingga 2003.

    Dia turut membuat 101 kemunculan antarabangsa dan menjaringkan 19 gol.

    Sehingga kini, maklumat kewangan serta tempoh kontrak mengenai perpindahan Toure ke Olympiakos tidak didedahkan oleh kelab berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda