Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Amri HMS
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Seramai 200 orang ahli Badan Kebajikan Pekerja (BKP) termasuk, penolong-penolong pengarah urusan, pegawai- pegawai, guru-guru sekolah dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menghadiri Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439 yang berlangsung di Bilik Serba Guna, Kompleks Bangunan Yayasan, kelmarin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BKP Yayasan, di sini, hari ini, hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan Yayasan, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny.
Majlis yang dikelolakan oleh BKP melalui Bahagian Keagamaan itu, dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Dr. Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq.


Menurut kenyataan itu lagi, sambutan diisikan dengan ceramah khas yang berkisar mengenai pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa hijrah yang disampaikan oleh Daie Tetap Pusat Dakwah Islamiah, Dayang Siti Noraziah binti Haji Asli.
Dalam ceramahnya, beliau telah memberikan mengenai apa pengisian hijrah itu sebenarnya sama ada lahiriah mahupun batiniah, selain itu, beliau juga telah menghuraikan peranan sebagai seorang Muslim dan Muslimah dalam menampilkan diri dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Kaitan kepada organisasi dan mutu kerja juga berkait rapat dengan penghijrahan. Perancangan yang dibuat walau sebaik mana ia tidak akan dapat menandingi perancangan Allah S.W.T.