Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yayasan beri sumbangan anjurkan Maulidur Rasul

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui program memakmurkan masjid telah menyumbangkan sejumlah $75,800 kepada 72 buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi tujuan mengadakan majlis atau aktiviti sempena Maulidur Rasul bagi tahun 1446H/2024M, kelmarin.

    Sumbangan tersebut akan memberi manfaat kepada 29 buah masjid, surau dan balai ibadat di Daerah Brunei dan Muara; 23 buah di Daerah Tutong; 8 buah di Daerah Belait dan 12 buah di Daerah Temburong.

    Sumbangan di Daerah Brunei dan Muara, dan Daerah Belait disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dan juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bin Haji Mohd Yussof.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil.

    Manakala masjid, surau dan balai ibadat di Daerah Tutong dan Temburong disampaikan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan juga selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil.

    Sumbangan kewangan berkenaan adalah seiring dengan pendekatan Whole of Nation Approach dalam bekerjasama dengan beberapa agensi yang berkepentingan bagi mempertingkatkan syiar Islam di negara ini.

    Turut hadir semasa penyerahan sumbangan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan juga selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf dan Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dalam majlis berkenaan.
    Antara wakil yang hadir dalam majlis berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda