Oleh Erda Khursyiah Basir KUALA LUMPUR – “Tak boleh digambarkan perasaan saya apabila melihat kejayaan anak kampung yang berasal dari keluarga susah dan kini berkhidmat di syarikat terkemuka dengan pendapatan lumayan. “Kisah anak yatim, pelajar kurang upaya dan murid yang terpaksa meredah hutan semata-mata untuk ke sekolah. Apabila mereka meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan seakan hilang segala penat lelah kami