Wednesday, November 13, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yayasan School FC yakin dengan kemampuan

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Yayasan School FC telah meningkatkan persiapan mereka menjelang Liga Bola Sepak Sekolah Brunei Darussalam 2023 (BDSFL) yang akan datang.

    Liga anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD) itu telah berjaya mencungkil bakat muda bola sepak negara.

    “Kami meneruskan usaha kami untuk menyusun pasukan terbaik kami sebagai persediaan. Kami mungkin belum menjadi pasukan yang dihormati dan digeruni, namun, kami kini telah mendapatkan jurulatih bertauliah dengan Diploma Kejurulatihan ‘A’ Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),” kata pengurus pasukan berkenaan, Pengiran Haji Mohd Hidayatullah bin Pengiran Haji Rasidi.

    Beliau mengatakan bahawa matlamatnya adalah untuk menurunkan pasukan yang semakin kompetitif sepanjang liga berkenaan dijalankan.

    Beliau juga berpuas hati dengan kehadiran ketua jurulatihnya dan semangat yang ditunjukkan oleh anak buahnya.

    “Ketua jurulatih baharu kami baru sahaja memulakan latihan awal bulan lalu tetapi saya sangat gembira dengan profesionalisme yang dibawanya kepada pasukan sekolah. Pasukan kini lebih berdisiplin dan latihan lebih sistematik dan saintifik.

    “Para pemain pula bertindak balas dengan sangat baik dan nyata lebih bersemangat dan komited dalam latihan mereka.”

    Pengurus pasukan itu turut berkongsi bahawa kehadiran anak buahnya juga meningkat berikutan pelantikan ketua jurulatih yang merupakan petanda baik untuk masa depan.

    BDSFL disertai oleh 24 pasukan yang mengambil bahagian akan diadakan di Padang Bola Sepak FABD, Padang Bola Sepak Buatan FABD dan Kompleks Sukan Tutong.

    Para pemain Yayasan School FC semasa menjalani sesi latihan baru-baru ini. – Gambar serahan Yayasan School FC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda