Oleh Saemah Kepli
SERIA, 9 Feb – Selaras dengan dasar penubuhannya, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) terus melaksanakan aktiviti kebajikan khususnya untuk membantu mereka yang amat memerlukannya. Sehubungan dengan itu, Yayasan hari ini telah menyampaikan sumbangan berupa kewangan kepada dua buah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran kediaman di Kampung Sungai Lalit, Lumut pada 11 Disember 2017.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat sebelum Pengarah Urusan Yayasan, Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny menyampaikan sumbangan kepada Dayang Jauyah binti Sohaiti dan Awang Marali bin Bakar.
Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Lumut 1, Haji Abd Aziz bin Haji Abd Ghani dan salah seorang ahli Majlis Perundingan Kampung Lumut 1, Ho Chang Fui.

