Monday, December 23, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yazmin Aziz tarik diri acara Famili Duo 4

    Ketika timbul pelbagai spekulasi berhubung penarikan diri dalam program Famili Duo musim keempat, penyanyi Yazmin Aziz memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut.

    Kata Yazmin, 23, tidak kira apa yang berlaku dia tetap akan memberikan sokongan buat dua sahabatnya iaitu Didi Astillah dan Thamiera Chan yang menyertai pertandingan berkenaan.

    “Saya hanya mahu mengucapkan selamat berjaya buat Didi dan Thamiera dalam penyertaan mereka di program Famili Duo.

    “Saya tetap positif dan mahu hidup gembira. Industri hiburan kita kecil sahaja. Tidak kira apa yang berlaku, saya percaya lebih baik kami saling memberikan sokongan ke atas satu sama lain,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Dalam pada itu, Yazmin berkata dia mempunyai matlamat untuk melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk menyertai mana-mana program realiti televisyen.

    “Salah satu matlamat dalam hidup saya adalah untuk menjadi lebih baik daripada yang saya lakukan di program Big Stage dua tahun lalu.

    “Jadi jika saya berada dalam Famili Duo atau mana-mana rancangan TV lain, sudah tentu saya ingin memberikan yang terbaik untuk keluarga dan orang yang selama ini memberikan sokongan terhadap diri saya,” ujarnya. – Agensi

    Yazmin enggan memanjangkan isu penarikan diri dalam Famili Duo musim keempat. – Hmetro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda