Pasukan Badminton YB’s/PVT (PGB) yang diketuai Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan Pasukan Bulu Tangkas Harmoni (PBT Harmoni) yang diketuai oleh Haji Jofri bin Haji Sahat pada 27 Julai, bertempat di Dewan Menglait, Gadong.
Tujuan perlawanan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua pasukan dan sebagai persediaan pasukan YB’s/PVT yang akan mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara.
