BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Program YDC Lights On III / 2021 yang telah bermula pada 22 Mac lalu berakhir hari ini dengan YDC Lights On Pitching dan majlis penyampaian sijil yang berlangsung di The Core, Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Program berkenaan merupakan program keusahawanan di bawah kendalian Unit Penyelidikan, Kerjaya dan Keusahawanan, Pusat Pembangunan Belia (PPB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang mana tahun ini ia ini dikendalikan dengan kerjasama LiveWIRE selaku rakan strategik PPB.
YDC Lights On Pitching adalah acara pembentangan rancangan pelan per-niagaan oleh setiap peserta program.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ialah Penolong Pengarah PPB, Dayang Fauziah binti Salleh.
Turut hadir ialah Pengarah Program Livewire Brunei, Haji Yusrin bin Dato Seri Laila Jasa Haji Mohd Salleh dan Pengurus Besar UBD Corps Sdn Bhd, Awang Mohammad Iswandi bin Maaruf.
Majlis penyampaian sijil telah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh salah seorang peserta, Awang Mohammad Faiz Bin Metali dan diikuti dengan ucapan daripada Haji Yusrin.
Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman peserta terbaik dalam pembentangan rancangan pelan perniagaan dan sijil-sijil penghargaan kepada semua peserta.
Terbaik dalam pembentangan rancangan perniagaan ialah Dayang Siti Mardiana binti Haji Mohammad dari Syarikat Kayu Manis Babu diikuti oleh Dayang Nur Khafisah Alwa binti Haji Mohd Bohari dari Syarikat Pro Active 88 Enterprise di tempat kedua dan Awang Hazwan bin Suhaimi dari Syarikat Gentleman Stitch Enterprise di tempat ketiga.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar ramai dan menyaksikan pameran mini daripada semua peserta.