Oleh Nurdiyanah R. BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Pusat Sejarah Brunei (PSB) menjadi salah satu tumpuan lawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta rombongan pada hari terakhir kunjungan muhibah ke Negara Brunei Darussalam, hari ini.