Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Ye bakal diganti penyanyi lain di Coachella

    Swedish House Mafia dan The Weeknd menggantikan penyanyi Ye di acara yang menjadi tajuk utama Festival Muzik dan Seni Coachella Valley.

    Barisan persembahan terbaharu telah disiarkan pada Rabu yang mengumumkan perubahan saat-saat akhir untuk festival yang bakal berlangsung pada 15 hingga 17 April dan 22 hingga 24 April di Indio, California.

    Seorang wakil untuk Ye, yang menukar namanya daripada Kanye West, tidak segera membalas mesej daripada AP yang ingin mendapatkan komen.

    Seorang pegawai seranta Goldenvoice, syarikat yang menganjurkan Coachella tersebut, juga tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

    Swedish House Mafia telah pun disenaraikan sebagai barisan artis yang akan membuat persembahan sebelum pertukaran barisan berkenaan dibuat, tetapi tidak jelas bila mereka akan membuat persembahan tersebut.

    Kini mereka tersenarai paling atas jadual pada malam Ahad, bersama-sama dengan The Weeknd.

    Artis lain yang akan menyertai persembahan tersebut termasuk Billie Eilish dan Harry Styles.

    Ye, calon penyanyi terbaik untuk Grammy, tidak menghadiri Anugerah Grammy hujung minggu lalu, walaupun memenangi dua anugerah, selepas persembahannya di keluarkan daripada acara tersebut. – AP

    The Weeknd akan menggantikan penyanyi rap Ye di festival muzik dan Seni Coachella Valley nanti. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...