Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    YEE anjur bengkel masakan makanan Turkiye di Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Dapur telah memainkan peranan bagi diplomasi, pelancong, identiti negara dan banyak lagi, selain ia juga telah menjadi medium bagi diplomasi budaya.

    Perkara berkenaan ditekankan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy pada Bengkel Masakan Makanan Turkiye, kelmarin.

    Bengkel anjuran Institut Yunus Emre (YEE) dengan kerjasama Kedutaan Republik Turkiye yang berlangsung di Sekolah Kulinari, Kolej Perdagangan Laksamana itu antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta mempelajari cara menyediakan dan memasak beberapa hidangan Turkiye yang unik daripada cef eksekutif kedutaan, Adem Can.

    Peserta bengkel turut dibantu oleh Penyelaras YEE bagi Brunei, Lale Ersoy dalam membimbing, menterjemah dan menerangkan mengenai ketiga-tiga cara menyediakan hidangan.

    Hidangan-hidangan yang diketengahkan dalam bengkel itu adalah Tarhana yang merupakan sup yogurt tradisional, Karniyarik iaitu hidangan terung yang dibelah dan dibuat dengan daging cincang dan Kabak Tatlisi iaitu menu pencuci mulut berasaskan labu.

    Sijil daripada YEE telah disampaikan kepada semua peserta termasuk pasangan para menteri, pegawai kanan kerajaan dan ahli tertinggi di sektor swasta.

    Gambar ramai peserta bengkel dengan TYT Profesor Dr Hamit Ersoy. – GAMBAR SERAHAN KEDUTAAN REPUBLIK TURKIYE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda