Friday, March 21, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yenny dikhabarkan pindah agensi

    KHABAR tentang pembubaran kumpulan wanita popular Wonder Girls semakin kuat apabila salah seorang ahlinya dikatakan bakal keluar daripada pengurusan JYP Entertainment.

    Dipetik daripada TV Report melaporkan Yenny mengambil keputusan untuk menyertai agensi pegurusan yang baru iaitu Amoeba Culture.

    Bagaimanapun, agensi berkenaan menafikan perkara itu, malah tidak tahu tentang berita berkenaan.

    “Ini pertama kali kami mendengar tentang khabar tersebut, kami juga tidak tahu apa-apa tentang hal itu,” ujar wakilnya.

    Amoeba Culture merupakan agensi yang dibentuk oleh kumpulan rap Dynamic Duo yang turut dinaungi oleh Crush dan Rhythm Power.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda