Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yes2Malaysia 2023 dapat sambutan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 3 FEB – Edisi ke-15 Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia 2023 yang bermula hari ini di Pusat Insani, Seria, telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

    Dianjurkan oleh Rexpocentral (Malaysia), Education Malaysia Global Assist (EMGA), perkhidmatan Pendidikan MEG (Brunei) dan AdXpert Marketing (Brunei) di bawah bidang kuasa Majlis Akreditasi Negara Brunei Darussalam (BDNAC), ekspo pendidikan itu membolehkan pelbagai institut pendidikan berhubung dengan bakal pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institut-institut berprestij.

    Antara 17 institut yang terlibat termasuk Asia Pacific University (APU), Taylor’s University, Management & Science University (MSU), the Newcastle University of Medicine Malaysia (NUMed), University of Cyberjaya (UoC), Tunku Abdul Rahman University of Management & Technology (TAR UMT), University of Technology Sarawak (UTS), International Medical University (IMU), MAHSA University, Monash University Malaysia, Sunway University, Quest International University, HELP University, Le Cordon Bleu Malaysia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Kebangsaan Malaysia, dan International Islamic University Malaysia.

    Para hadirin bukan sahaja boleh berinteraksi dengan peserta pameran untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai kursus yang ditawarkan di institut masing-masing, tetapi juga mengambil kesempatan daripada banyak faedah yang ditawarkan sepanjang ekspo, seperti mengemukakan permohonan secara percuma, menerima biasiswa sokongan kewangan, dan banyak lagi.

    Ekspo berkenaan dijadualkan diteruskan esok dan Ahad di Hotel Mulia di ibu negara.

    Pengunjung mendapatkan maklumat daripada peserta pameran semasa hari pertama Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia 2023 di Pusat Insani, Seria.
    suasana semasa hari pertama Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia 2023 di Pusat Insani, Seria.
    suasana semasa hari pertama Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia 2023 di Pusat Insani, Seria.
    suasana semasa hari pertama Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia 2023 di Pusat Insani, Seria.
    suasana semasa hari pertama Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia 2023 di Pusat Insani, Seria.
    Suasana semasa hari pertama Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia 2023 di Pusat Insani, Seria.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda