Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Acara transformatif pendidikan, Yes2Malaysia: Ekspo Pendidikan Malaysia Terbesar 2023 dijadual akan diadakan pada 18 dan 19 Ogos di Hotel Mulia.
Ekspo dengan kerjasama antara Rexpocentral Sdn Bhd (Malaysia) dan MEG Educational Services (Brunei) yang disokong oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei, berjanji untuk menyediakan platform yang luar biasa bagi pelajar, ibu bapa dan peminat pendidikan yang mencari laluan ke arah kecemerlangan.
Menampilkan lebih daripada 20 universiti swasta dan awam Malaysia yang terkemuka, termasuk kampus cawangan asing dari UK dan Australia, ekspo berkenaan menawarkan spektrum pilihan pendidikan yang luas. Dengan tawaran kumulatif lebih 800 kursus yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Akreditasi Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNAC), acara itu disesuaikan untuk memenuhi pelbagai bidang pendidikan.
Dengan tawaran kursus yang pelbagai, daripada kejuruteraan kepada seni, perniagaan dan sains, peserta akan mendapat akses kepada pelbagai kursus yang tiada tandingan yang selaras dengan aspirasi mereka.
Yes2Malaysia juga bekerjasama dengan kampus cawangan asing bagi menyediakan peluang unik untuk pelajar memperoleh ijazah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sambil menikmati persekitaran yang kaya dengan budaya.
Para pelajar juga diberi jaminan yang berkualiti kerana setiap kursus yang ditawarkan diiktiraf oleh MQA dan BDNAC, memastikan pendidikan peringkat teratas yang membuka pintu kepada peluang global.
Sesi bersemuka dengan wakil universiti dan kaunselor akademik akan membimbing pelajar ke arah laluan pendidikan yang paling sesuai.


