Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yesavage berjaya tumbangkan Yankees di MLB

    LOS ANGELES, 6 OKT – Toronto Blue Jays telah menampilkan aksi menakjubkan daripada pemain muda, Trey Yesavage dan grand slam, Vladimir Guerrero Jr. untuk menewaskan New York Yankees 13-7, sekali gus menghampakan peluang Yankees dalam playoff Major League Baseball (MLB) pada Ahad.

    Daulton Varsho telah menambah dua home run ketika Toronto mendahului 2-0 dalam siri best-of-five Divisyen Liga Amerika. Guerrero menjaringkan grand slam pertama dalam sejarah playoff Blue Jays, menghangatkan suasana di Rogers Centre, Toronto.

    Para peminat disajikan dengan lima home run oleh pasukan tuan rumah, termasuk persembahan debut playoff yang mencipta rekod daripada Yesavage.

    Pada permulaan keempatnya di MLB, pemain muda 22 tahun itu berjaya menahan barisan serangan Yankees tanpa sebarang hit selama lima dan satu per tiga inning, sehingga mengeluarkan 11 pemain lawan dan hanya memberi satu walk.

    “Apabila saya di atas padang, saya dapat rasa tenaga dari penonton,” kata Yesavage. “Saya tahu sesuatu akan berlaku. Saya tidak sangka ia akan sehebat itu.”

    Yesavage memecahkan rekod Blue Jays terdahulu untuk strikeout dalam satu perlawanan postseason sebanyak lapan kali dan menjadi pemain kedua termuda yang pernah mencapai double-digit strikeout dalam playoff. – AFP

    Vladimir Guerrero Jr. (kiri) semasa memukul grand slam menentang Yankees dalam Siri Divisyen Liga Amerika di Toronto, pada 4 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda