BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Kementerian Kesihatan tidak putus-putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak bagi sama-sama membantu meringankan beban kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Sehubungan itu, kelmarin, Kementerian Kesihatan telah menerima sumbangan daripada Yesfull Care Centre berupa makanan biskut kering sebanyak 59 pek sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan, boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.