Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir

-

KUALA LUMPUR, 19 DIS – Cabaran Malaysia di Kejuaraan Dunia 2021 berakhir kelmarin, selepas wakil terakhir Malaysia, pasangan beregu, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, tersingkir pada perlawanan separuh akhir.

Pasangan pemain persendirian berkedudukan ke-12 dunia itu, ternyata bukanlah saingan beregu keempat terbaik dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, apabila pasangan dari Jepun itu menewaskan mereka 21-12, 21-9, dalam masa 32 minit di Huelva, Sepanyol.

Walaupun tewas, namun juara Masters Thailand 2020 itu, mampu berbangga kerana berjaya membawa pulang pingat gangsa.

Pada perlawanan akhir hari ini, pasangan Jepun itu bakal berhadapan sama ada pasangan dari China, He Ji Ting-Tan Giang atau Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Yew Sin-Ee Yi melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 Lee Yang-Wang Chi Lin pada perlawanan suku akhir pada Jumaat lalu. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -