Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    YFC sedia sertai kejohanan di Pulau Pinang

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 FEB – Sebagai persiapan bagi menyertai kejohanan Bola Sepak Grand Master 7s 2024 di Pulau Pinang, pihak pengurusan Youngster Football Club (YFC) telah mengadakan majlis Doa Selamat, taklimat penyertaan dan diteruskan dengan penyerahan jersi daripada penaja kepada pemain yang akan mengambil bahagian dalam perlawanan itu, baru-baru ini.

    Acara tersebut berlangsung di rumah kediaman salah seorang ahli jawatankuasa di Lambak Kanan.

    Gambar ramai kontinjen YFC sebelum berlepas ke Pulau Pinang. – GAMBAR SERAHAN YFC

    Penyampaian jersi telah disempurnakan oleh Pengasas YFC, Dr Haji Kamaruddin bin DSP Haji Talib, yang juga selaku ketua rombongan yang akan bertolak ke kejohanan itu nanti.
    Seramai 16 orang peserta terdiri daripada pengurus, pemain dan ahli jawatankuasa akan berlepas ke Pulau Pinang hari ini.

    Penyertaan dalam kejohanan itu merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dibangunkan secara bersama melalui pihak pengurus kuasa tertinggi kelab YFC.

    Perlawanan yang akan berlangsung pada 2 dan 3 Mac di Pulau Pinang itu diadakan bagi mengekalkan aktiviti sihat melalui acara sukan bola sepak dan juga untuk mengeratkan ikatan ukhuwah dalam kalangan peserta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda