BANGKOK, 30 Ogos – Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang menjadi orang pelarian hari ini menerusi twitter membidas ‘kezaliman’ dengan memetik badan pemikir French Englightenment dalam ulasan pertamanya sejak adik perempuannya melarikan diri ke luar negara.
Yingluck Shinawatra yang seperti abangnya juga disingkirkan dari jawatannya oleh rampasan kuasa, secara dramatik menghilangkan diri beberapa hari sebelum mahkamah bakal menjatuhkan pengadilan dalam perbicaraan jenayah kelalaian.
Sumber-sumber parti dan pihak junta berkata dia menyertai abangnya yang hidup dalam buangan di Dubai.
Hari ini, Thaksin muncul setelah lama berdiam diri, dengan mengeluarkan pernyataan di Twitter dalam bahasa Inggeris dan Thailand dan memetik kata-kata ahli falsafah Perancis abad ke-18, Charles de Montesquieu.
“Montesquieu pernah berkata “Tidak ada kezaliman lebih kejam dari kezaliman yang dikekalkan di bawah lindungan undang-undang dan di atas nama keadilan,” dia menulis di akaunnya dalam Twitter.

Itu adalah kali pertama Thaksin menggunakan Twitter dalam tempoh lebih dua tahun, dalam bidasan yang jelas terhadap para pemimpin tentera yang menyingkirkannya dari jawatannya pada tahun 2006 dan menggulingkan pentadbiran adik perempuannya pada tahun 2014.
Yingluck berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tegahan terlibat dengan politik sepanjang hayatnya, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Thailand Jumaat lalu. Tetapi dia mengelak, memaksa mahkamah menangguhkan perintahnya dan mengeluarkan waran tangkap bagi penahanannya.
Thaksin lari ke luar negara dalam tahun 2008, dua tahun selepas rampasan kuasa yang menggulingkannya, untuk mengelak penyabitan tuduhan rasuah yang menurutnya bermotifkan politik.
“Saya mensyaki Yingluck dan Thaksin akan terus mencari ruang politik di Thailand (dari luar negara ), mereka mahu membalas dendam ke atas musuh-musuh mereka,” katanya lagi. – AFP